

LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,pendidikan di negara kita menjadi wahana utama untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.Sehubungan dengain itu,sekolah sebagai institusi pendidikan formal berperanan untuk mencapai matlamat tersebut.
Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengawas sekolah ialah jawatankuasa ynag penting dan bertanggungjawab membantu guru memastikan sahsiah murid mantap dan suasana sekolah berada dalam keadaan terkawal.Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975:
“….Pengawas-pengawas/ketua-ketua murid (school prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka…Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak sekolah dalam memelihara tatatertib.”

VISI
Pengawas cemerlang generasi terbilang
MISI
Melahirkan pengawas yang berdisiplin, berketerampilan, proaktif dan dinamik
MATLAMAT
Memastikan murid mematuhi dan menghayati peraturan-peraturan sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum melalui kemahiran kepimpinan pengawas.
Majlis Tertinggi Pengawas
BERKHIDMAT UNTUK MEMIMPIN

ABBAS ALI BIN IFTIKHAR HUSSAIN
Ketua Pengawas
Beliau merupakan faktor perdana kepada kegemilangan Lembaga Pengawas tahun 2019. Beliau bersama-sama annggota AJK lain telah merevolusikan pentadbiran pengawas. Beliau juga diapandang tinggi kerana disiplin dan integriti yang tinggi.

PRIVEEN RAJ THEVAR A/L SELVAN
Timbalan Ketua Pengawas
Beliau banyak memberi idea serta sumbangan kepada badan pengawas dan menjadi pembantu serta penasihat utama kepada ketua pengawas. Beliau juga amat dihormati oleh pengawas serta murid kerana dedikasi beliau dalam menjalankan tugas.

MALATI A/P ANBALAGAN
Setiausaha
Seorang yang sangat bersistematik dalam tugasnya. Beliau akan menyiapkan tugasnya tepat pada masanya dan pengurusan dokumen menjadi sangat teratur. Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan komputer dan dokumen.

THILOSHA A/P DEVARAJAN
Naib Setiausaha
Seorang yang sangat arif dalam surat menyurat. Beliau telah banyak membantu badan pengawas menyediakan minit serta bahan bercetak dan telah membantu setiausaha dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

YALINTHREN A/L SUKUMARAN
Bendahari
Seorang yang sangat amanah dalam menjalankan tugas terutamanya dalam hal-hal kewangan. Sangat berpengalaman berkaitan kewangan dan perakaunan. Seorang yang tegas dan komited dalam menjalankan tugas.

JAAYSHINI A/P VENGIDASEN
Naib Bendahari
Seorang yang bersuka ria tetapi sangat amanah menjalankan tugas yang diberi. Beliau banyak membantu bendahari dalam menguruskan hal-hal kewangan pengawas.

JASHWIENNI A/P VEERASAMY
Ketua Disiplin
Seorang yang sangat berdedikasi dalam pengawas. Beliau amat tegas dalam menjalankan tugas dan menegakkan keadilan. Beliau merupakan kunci utama kepada pembangunan disiplin pengawas.

WAN FAIZ FAHMI BIN WAN ROSDI
Ketua Perhimpunan
Seorang yang sangat berpengalaman dalam perhimpunan serta protokol-protokol. Bergelar sebagai pengacara terbaik sekolah oleh Pengetua sekolah. Beliau amat berdedikasi dalam dan telah menambah baik perhimpunan sekolah dengan efektif.
