Peranan di Tempat Tugas Semasa Rehat (Sesi pagi)
- Lembaga Pengawas Sekolah
- Nov 19, 2018
- 2 min read
Updated: Mar 25, 2019

Pengawas hendaklah menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.Berikut adalah peranan mereka di tempat yang ditugaskan:
Kantin
1) Pengawas yang bertugas harus memastikan tiada kekecohon yanh melebih di kantin.
2) Murid-murid haruslah mematuhi peraturan iaitu beratur ketika membeli makanan.
3) Matlamat utama untuk penempatan ramai pengawas di kantin ialah memudahkan para pengawas untuk mengarahkan murid yang ramai ke kelas dengan secepat mungkin.
4) Setiap pengawas haruslah mematuhi arahan yang diberikan oleh ketua kantin yang telah dipilih oleh Ketua Pengawas,
5) Murid-murid mesti diarahkan ke kelas dari kantin dan tugas ini harus diselesaikan dalam masa sepuluh minit yang bermula lima minit sebelum loceng berbunyi dan tamat lima minit selepas loceng berbunyi,

2 - Tempat masuk kaunter lelaki dan perempuan
1) Memastikan murid beratur semasa membeli makanan
2) Memastikan keadaan tidak huru hara semasa membeli makanan
3) Memastikan tiada murid yang berkumpul di sekitar kaunter
4) Memastikan murid tidak melengah-lengahkan masa di kaunter
2 - Tempat keluar kaunter lelaki dan perempuan 1) Memastikan murid keluar mengikut lorong jantina
1 - Kawasan membeli makanan RM 1
1) Memastikan murid beratur semasa membeli makanan
2) Memastikan keadaan tidak huru hara semasa membeli makanan
3) Memastikan tiada murid yang berkumpul di sekitar kaunter
4) Memastikan murid tidak melengah-lengahkan masa di kaunter
2x3 - Setiap pecahan kantin
1) Memastikan murid makan dengan sopan
2) Memastikan kawasan bersih
3) Memastikan murid tidak berkumpul dan menimbulkan kekecohan
Dataran
Pengawas harus memastikan tiada murid yang menggunakan dataran pada waktu rehat.
Tangga Lelaki dan perempuan
1) Memastikan murid yang naik ke atas tidak membawa minuman berkarbonat atau makanan ringan.
2) Spotcheck poket setiap murid ketika mereka naik ke atas sbelum rehat tamat dan selepas rehat tamat.
3) Memastikan murid tidak naik ke atas lima minit terakhir sebelum loceng berbunyi.
Murid perlu diarahkan naik ke kelas dalam keadaan yang tidak kecoh.
Zon lain-lain
(blok, laluan-laluan, pondok-I-Think, kabin, pagar belakang, padang dan tangga tangga selain tangga (P) dan (L) .
1) Memastikan kawasan yang mereka jaga tidak mempunyai apa-apa masalah. Jika ada perlu diutarakan kepada AJK Ronda.
2)Membantu pengawas yang menjaga kantin, tangga dan dataran untuk mengawal keadaan setelah rehat tamat.
Kami berharap agar pengawas dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah.
Sekian, terima kasih,
"BERKHIDMAT UNTUK MEMIMPIN"
Disediakan oleh,
Priveen Raj Thevar A/L Selvan
Timbalan Ketua Lembaga Pengawas Sekolah 2019
コメント