PROSEDUR SPOTCHECK, PERATURAN DAN CARA MENGENAL PASTI KESALAHAN.
- Lembaga Pengawas Sekolah
- Mar 25, 2019
- 3 min read
Spotcheck amat penting dalam menjaga disiplin sekolah.Berikut adalah prosedur melaksanakan spotcheck:

1. Beri arahan kepada murid-murid untuk duduk di dalam barisan mengikut kelas masing-masing dahulu.
2. Meluruskan barisan selepas murid-murid berada dalam barisan.
3. Melaksanakan spotchek untuk semua murid yang berada dalam barisan tersebut dengan serentak.
4. Hantar murid-murid yang bermasalah disiplin kepada guru disiplin.
5. Kesalahan - kesalahan disiplin murid-murid dari segi kekemasan diri adalah seperti berikut:
Seluar murid lelaki

- Seluar bagi murid lelaki adalah seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman.
- Seluar panjang mesti menyentuh pergelangan kaki dan tidak mempunyai plit.
- Fesyen seluar ‘buggy’, ‘slim fit’ dan berkaki singkat tidak dibenarkan.
- Perhiasan pada seluar seperti kancing rivets,zip yang berlebihan,butang bulat,flap dan sebagainya tidak dibenarkan.
Seluar tracksuit
- Sebarang pelekat ,tampalan,hiasan dan contengan pada seluar adalah dilarang.
Lencana Sekolah, Lencana Sesi dan Tanda Nama

Kuku
Murid-murid haruslah berkuku pendek dan tidak menggunakan inai,pewarna dan pengilat kuku.

Stokin
Sepasang sarung kaki dan kasut sekolah mestilah berada dalam warna putih atau hitam.
Rambut

Murid lelaki tidak boleh berambut panjang dan tebal.Kriteria seperti berikut:
Di belakang: rambut tidak boleh jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.
Di depan: rambut tidak boleh menutup garisan tengah dahi.
Di tepi: rambut tidak boleh menutup kedua-dua telinga atau memecah telinga sebahagian daripadanya dan ‘sideburn’ melebihi garisan tengah hidung.
Di atas: rambut lebih daripada 6inci/15 cm panjang .
Rambut mesti disisir rapi,kemas ,bersih dan tidak menghalang penghilatan serta tidak dibenarkan mengeriting dan memakai gel rambut untuk tujuan berfesyen.
Potongan berfesyen seperti ‘skincut’,berekor,'punk' adalah dilarang




Misai, Janggut dan Jambang
Murid lelaki tidak boleh menyimpan misai,janggut atau jambang.
Rambut Murid Perempuan
-Rambut hendaklah tidak sehingga melepasi bahu dan yang berambut panjang mestilah ditocang.

-Ikatan rambut perlulah disisir rapi,kemas,bersih tanpa berfesyen dan tidak dibenarkan menghalang penglihatan atau lebih dikenali sebagai 'fringe'


Jam Tangan
- Diameter muka jam hendaklah kurang daripada 4 cm.
-Jam tangan berwarna hitam dan silver sahaja dibenarkan,

Subang
- Hanya dibenarkan untuk murid perempuan sahaja
- perlu dipakai di bawah cuping telinga dan hendaklah sepasang
- Berbentuk "stud" ukuran diameter tidak melebihi 0.5 cm dan tidak diatah oleh batu.
- subang berbentuk cincin, ukuran diameternya tidak melebihi 1.2 cm
-Subang berfesyen dan berwarna selain emas dan silver tidak dibenarkan.
Bulu Kening
Murid tidak dibenarkan mencukur bulu kening.
Cermin Mata
- Pemakaian cermin mata hitam, double tinted, photogrey, photo brown adalah tidak dibenarkan
- Bingkai tidak boleh berfesyen dan berwarna warni
- Tidak dibenarkanmemakai contact lens berwarna

Baju Kemeja Sekolah
- Lengan kemeja tidak boleh dilipat.
- Baju perlu sentiasa dimasukkan ke dalam seluar
- butang perlu dikancing sehingga butang kedua dari atas
-Tidak dibenarkan memakai baju berwarna /bercorak di dalam baju kemeja
-Hanya singlet putih tanpa corak dibenarkan.
-Baju kemeja yang terlalu longgar atau ketat adalah dilarang
Baju Pinafore/skirt murid
-berbentuk A
-Sampai ke paras kepala lutut
-Skirt yang jarang,singkat dan ketat adalah dilarang
-Baju kemeja hendaklah dimasukkan dalam baju pinafore/skirt.

Baju Kurung dan kain sarung
-Labuh baju ke paras lutut
-labuh kain ke paras buku lali
-Kain tidak jarang dan nipis
-Mesti memakai Camisole dan anak baju berwarna putih atau warna kulit
-lengan baju tidak boleh dilipat

Baju T dan Trek bottom
-Perlu dimasukkan ke dalam seluar (murid lelaki)
-Tidak dibenarkan mengubah suai
- Trek bottom warna hitam dan biru tua sahaja dibenarkan.
Tudung Sekolah
- Berbentuk 3 segi dua sama dan jenis kain polyester
- ukuran:
Dari sisi: di bawah paras bahu
Dari depan: atas sedikit dari pusat
Dari belakang: hujungnya di paras pinggang
-Tudung yang mempunyai renda , bersulam, berhias dan berfesyen tidak dibenarkan.
-Anak tudung berwarna hitam/putih. PLastik pengeras tidak dibenarkan.
Tali Leher
- Wajib pada hari Isnin
- Perlu dipakai dengan kemas
Kami berharap agar panduan ini dapat digunakan ke arah meningkatkan martabat Lembaga Pengawas Sekolah.
"BERKHIDMAT UNTUK MEMIMPIN"
Disediakan oleh,
Jashwienni A/P Veerasamy
Ketua Disiplin Lembaga Pengawas Sekolah 2019
Comments