top of page
Search

Peranan di Tempat Tugas Semasa Perhimpunan (Sesi Pagi)

Updated: Mar 25, 2019


Setiap pengawas wajarlah tahu tanggungjawab mereka di tempat yang ditugaskan.Berikut adalah peranan-peranan pengawas di setiap tempat tugas:



Ronda


1) Mengambil catatan pengawas yang bertugas mengikut zon dan kumpulan.


2) Menghantar laporan setiap hari Jumaat pada setiap minggu ke Bilik Gerakan Lembaga Pengawas


Kelas (dihadapan)

1) Perlu memastikan barisan murid lurus apabila mereka ke tempat bertugas selepas roll call.


2) Beg mesti disandarkan di sebelah kiri murid. (arahan pengetua)


3) Pengawas harus melaksanakan spotcheck kekemasan diri murid setiap hari.


4) Pengawas harus memastikan murid mengikuti peraturan yang terkandung dalam buku peraturan sekolah.


5) Murid-murid yang mengingkari peraturan sekolah harus dihantar ke hadapan koridor dewan agar nama mereka ditulis dalam slip.


6) Sebelum menghantar murid ke hadapan, pengawas harus memastikan guru bertugas, guru disiplin, pengawas bertugas berada di hadapan untuk mengawasi murid-murid yang melakukan kesalahan.


7) Setelah bermulanya perhimpunan, pengawas harus memastikan murid-murid tidak membuat bising agar perhimpunan berjalan dengan lancar.


8) Etika pengawas dalam pengawasan murid :


a) Memberi amaran kepada murid yang membuat bising sebanyak tiga kali.


b) Jika murid tidak mendengar amaran, pengawas perlu menulis nama murid berkenaan dan memberikannya kepada guru disiplin.


9) Ketika berlangsung perhimpunan, pengawas boleh duduk diantara barisan ataupun di hadapan barisan (jika kekangan tempat di antara barisan).


10) Setelah tamatnya perhimpunan, pengawas bertugas perlu mengarahkan kelas yang dijaga agar tiada kesulitan yang dialami oleh pengawas yang menjaga tangga.


11) Pengawas harus memastikan murid-murid jalan dalam barisan ke kelas.


Tiga kelas (di belakang)

1) Tugas utama pengawas-pengawas ini adalah, memastikan murid-murid yang datang dari kantin dan yang baru hadir agar memasuki barisan dan duduk dalam barisan tanpa sebarang kekecohan yang dapat menggangu perjalanan perhimpunan.


2) Selain itu, pengawas yang menjaga tiga kelas perlu memastikan murid-murid di belakang barisan tidak membuat bising sewaktu perhimpunan berlangsung.


3) Selepas perhimpunan tamat, pengawas di belakang boleh membantu pengawas yang menjaga kelas di hadapan untuk memastikan murid-murid begerak ke kelas dalam barisan.


Pelajar datang lewat

1) Pengawas harus datang awal ke sekolah.


2) Pengawas perlu bersedia dengan slip disiplin yang perlu disalin oleh pelajar datang lewat.

Sehingga setiap murid mengisi slip salah laku, pengawas harus menunggu kerana slip-slip perlu ditandatangani oleh guru disiplin atau guru bertugas.


Pagar


1) Pagar perlu ditutup pada jam 7.15 pagi dan murid yang datang selepas itu dianggap sebagai lewat dan perlu berada di tempat murid datang lewat.


Kantin

1) Bergerak ke kantin mengikut arahan Ketua Pengawas pada pukul 7.05 pagi untuk mengarahkan murid dari kantin ke dataran.


2) Mula mengarahkan murid yang tidak membeli atau memakan makanan di kantin.


3) Memastikan semua murid diarahkan sebelum pukul 7.15 pagi.


4) Selepas tugas selesai pada pukul 7.30 pagi, pengawas yang menjaga kantin boleh duduk di sebelah kelas 3 Teratai jika perhimpunan masih berlangsung.


5) Jika perhimpunan sudah selesai, pengawas kantin boleh menolong para pengawas yang menjaga kelas untuk memastikan murid-murid jalan dalam barisan ke kelas.


Blok

1) Memastikan tiada murid-murid ysng berada di kelas dan di seluruh blok ketika perhimpunan berlangsung.


2) Selepas pukul 7.30, pengawas yang menjaga blok boleh turun dan duduk di sebelah kelas 4 Setia jika perhimpunan masih berlangsung.

Jika perhimpunan sudah tamat, pengawas boleh membantu pengawas yang menjaga kelas untuk mengarahkan murid ke kelas mengikut barisan.


Tangga


1) Memastikan murid tidak naik ke kelas dan blok sebelum perhimpunan


Bengkel KH dan Pondok I-Think

1) Memastikan tiada murid berada di kawasan tersebut


Dataran kejat


1) Memastikan murid bergerak ke dataran perpaduan tanpa melalui dataran kejat


Laluan antara Makmal dan Kantin


1) Memastikan murid bergerak ke dataran dan tidak duduk di laluan.



Pelan bersama pengawas


Pelan sekolah

Kami berharap agar pengawas dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK MEMIMPIN"

Disediakan oleh,

Abbas Ali bin Iftikhar Hussain

Ketua Lembaga Pengawas Sekolah 2019

 
 
 

Comments


Subscribe Form

©2018 by Pengawas Sekolah,SMK.Taman Sri Muda. Proudly created with Wix.com

bottom of page