top of page
Search

PERHIMPUNAN

Sebagai seorang pengawas, perhimpunan merupakan salah satu aspek yang sangat penting kerana di situlah anda akan menonjol sebagai pemimpin.Berikut adalah beberapa panduan semasa menguruskan perhimpunan.



CARA BERCAKAP SEBAGAI PENGACARA MAJLIS, IKRAR DAN DOA.


1. Mempunyai kepercayaan diri yang tinggi.

2. Senyum.

3. Dapatkan detail dan informasi tentang perhimpunan dari Ketua Biro Perhimpunan.

4. Lakukan persiapan yang lengkap.

5. Slow down with your words.

6. Mempunyai penghayatan yang tinggi.

7. Elakkan kesalahan tersasul. Teruskan jika terdapat masalah teknikel.

8. Lontarkan suara anda mengikut perkataan yang disebut.


PROTOKOL MENAIKKAN BENDERA.


1. Bendera Jalur Gemilang , kemudian Bendera Negeri Selangor dan Bendera Sekolah.

2. Naikkan bendera mengikut persetujuan guru-guru.

3. Pengawas haruslah peka dengan muzik agar pergerakan bendera menjadi lancar.

4. Turunkan bendera jika hari hujan.


PROTOKOL PERHIMPUNAN.


1. Menjemput para pentadabir, guru-guru dan murid ke tapak perhimpunan.

2. Nyanyian 3 buah lagu.

3. Doa.

4. Bacaan ikrar.

5. Menjemput guru dan pelajar duduk.

6. Laporan Guru Mingguan

7. Pendedahan Sivik.

8. Pengumuman Guru Bertugas

9. Perasmian majlis. ( JIKA ADA )

10. Taklimat guru.

11. Murid masuk ke kelas.


PERANAN PENGAWAS SEMASA PERHIMPUNAN.


1. Melakukan pemeriksaan murid.

2. Memastikan murid tidak terlalu bising.

3. Melancarkan pergerakan murid ke kelas.

4. Melakukan tugas di tempat tugas yang disediakan.


SUSUNAN KERUSI KETIKA MAJLIS/ PERHIMPUNAN.


PENTADBIR – 30 BUAH KERUSI (kiri pentas secara menyerong arah pelajar)

GURU – 32 BUAH KERUSI (kanan pentas menyerong arah pelajar)


PROTOKOL MENGEDARKAN BUKU PROGRAM.

1. 3 orang pengawas perempuan.

2. Mulakan dengan tetamu VIP dan ke kanan

3. Kemudian melalui belakang mereka serahkan kepada yang di sebelah kiri.

4. Bongkokkan badan ketika memberi kepada guru- guru.


CARA MENGURUSKAN PA SISTEM.


1. Ambil kunci dewan daripada guru bertugas mingguan.

2. Mikrofon diambil oleh guru bertugas dari pejabat.

3. Hidupkan suis sistem teknikel.

4. Untuk muzik, ambil laptop (alat media elektronik) dari guru yang berkenaan.


CARA MENGAWAL PELAJAR NAIK KE KELAS.


1. Pengawas yang jaga kelas haruslah berdiri di hadapan/kiri/kanan baris murid.

2. Pengawas di belakang haruslah menjaga kawasan belakang barisan pelajar.

3. 3 orang pengawas akan bertugas pada setiap tingkat tangga.


Kami berharap agar pengawas dapat fahami dan mendalami tips ini supaya dapat menguruskan perhimpunan dengan cemerlang.

Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK MEMIMPIN"


Disediakan oleh:

Wan Faiz Fahmi bin Wan Rosdi

Ketua Perhimpunan Lembaga Pengawas 2019

 
 
 

Comments


Subscribe Form

©2018 by Pengawas Sekolah,SMK.Taman Sri Muda. Proudly created with Wix.com

bottom of page